BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 31 August 2011

CERITERA DI BULAN SYAWAL

berlalunya ramadhan menandakan kedatangan syawal yg bakal menerjah.... dengan tu, terpancar kegembiraan di wajah setiap insan... adik2 seronok sebab da abis pose, seronok nak kumpul duit raya, seronok nak pakai baju baru... abang2 duk sibuk msj awek2 tanya nak kuar same kul bape esok, nak pakai baju sedondon warne pe, nak naik pe... kakak2 pulak duk sibuk pasang langsir, kemas2 rumah sambil duk mengumpat, duk planning nak pakai baju mane 1, nak pegi mane, nak buat ape esok... mak2 n abah2 ( ikut korang la panggil ape) sibuk duk mengetuk kuali n periuk kt dapur, sibuk duk bersilat gayung dgn pinggan mangkuk... huhu... menyediakan persiapan raya yg bakal menjelang tiba.... tu lah cite syawal...

da hampir 5 tahun, syawal bagi aku ibarat tiada ertinya... aku sendiri x tahu nape semuanya jadi camni... kadang2 aku rase makin lame hidup ni makin sempit jalannya... makin lame aku makin lemas lalu jalan ni... semua ni buat semangat aku hilang sikit demi sikit... hurmmm peritnya perjalanan ni... aku stress, tiap2 ari aku ditimpa pelbagai masalah... mmg la, masalah yg datang akan mematangkan kita tapi boleh buat kita hilang pertimbangan... sekarang ni, aku berada di tengah2 persimpangan jalan... aku x tahu jalan, simpang yg mana aku kena pilih... aku buntu untuk membuat pilihan... aku sendiri, sunyi.... keadaan kat sini gelap... aku takut nak hadapi semua ni... aku perlu memilih, aku perlu teruskan langkah tapi ke mana??? ke mana jalan aku seterusnya??? aku seronok tengok orang lain bina impian dorang, impian yg buat dorang epi... aku jugak ada impian, tapi dengan keadaan aku sekarang ni, aku rase seolah2 aku terpaksa lupakan n buang semua impian aku... mungkin aku perlu buat pilihan yg aku sendiri x sanggup buat... ape yg aku perlu buat??? aku nak jadi mcm orang lain, berjaya mcm orang lain... tapi kenapa semuanya jadi mcm ni??? ni ke pengakhirannya perjalanan aku??? aku dah x sanggup lagi hadapi semua ni...

sekarang ni,ni lah hidup aku... aku x tahu ape yg akan jadi lepas ni... aku sendiri x ada jawapan bagi soalan yg selalu aku tanya pd diri aku sendiri... 'adakah semua impian aku akn jadi kenyataan?' 'adakah aku akn berjaya mcm orang lain?' 'adakah semuanya berakhir mcm ni?' 'adakah hidup aku akan jadi semakin baik atau terus mcm ni ataupn makin teruk dari ni?'.... aku x ada jawapan utk semua soalan tu...

'orang berkata, hidup akan menjadi lebih baik jika kita bijak mencorakkannya.. adakah ini bermaksud aku tidak pandai mencorakkan hidup aku sendiri?'

0 comments: